Creep It Real SG · 4 Sep 2026 · 50:30
Dengar dalam aplikasi Podli 🎧
Ikuti podcast kegemaran anda, dengar di luar talian dan di dalam kereta dengan CarPlay dan Android Auto, dan sentiasa sambung di tempat anda berhenti. Cuba secara percuma.
Malam ni, Jangan Takut kembali dengan cabaran di Kg Wak Hassan. 🌙
Mula-mula semua nampak confident. Ada yang kata tak percaya paranormal, ada yang masih boleh gelak dan menyakat member… tapi bila cabaran demi cabaran bermula, suasana perlahan-lahan berubah.
Daripada cabaran yang menguji keberanian, berjalan dalam keadaan gelap sehinggalah cabaran tutup mata, masing-masing mula tunjuk perangai sebenar. 😂
Ada yang tak sanggup teruskan cabaran.
Ada yang lampunya mati.
Ada yang mula rasa meremang.
Dan paling menarik, muncul satu reaksi:
“Aku tak tengok kat belakang ni… macam ada bergerak.” 👀
Apa sebenarnya yang berlaku malam tu?
Siapa yang paling berani, siapa yang paling banyak cakap… dan siapa sebenarnya yang paling cuak? 😂
🎧 Dengarkan Jangan Takut Ep. 5 — Cabaran Malam di Kg Wak Hassan sampai habis.
JANGAN TAKUT merupakan siri cabaran yang menguji keberanian dan mental peserta dalam pelbagai situasi dan lokasi. Pengalaman serta reaksi yang dikongsikan adalah berdasarkan apa yang dialami peserta ketika penggambaran.
📺 Nak tengok visual penuh cabaran? Saksikan Jangan Takut di YouTube Creep It Real SG.
Follow Creep It Real SG di YouTube, TikTok, Instagram, Spotify dan Telegram untuk episod serta content terbaru.
#JanganTakut #CreepItRealSG #KgWakHassan #ParanormalSG #PodcastMelayu