Creep It Real SG · 12 Jun 2026 · 52:11
Dengar dalam aplikasi Podli 🎧
Ikuti podcast kegemaran anda, dengar di luar talian dan di dalam kereta dengan CarPlay dan Android Auto, dan sentiasa sambung di tempat anda berhenti. Cuba secara percuma.
Dalam episod kali ini, kami membincangkan satu topik yang sering menjadi perdebatan sejak berkurun lamanya — NAGA.
Mengapa hampir setiap tamadun di dunia mempunyai kisah tentang naga? Adakah ia sekadar legenda yang diwariskan turun-temurun, atau pernah wujud dalam sejarah manusia?
Ami Fox berkongsi pandangan, pengalaman dan kepercayaan yang berkaitan dengan bangsa naga, pendamping naga, Naga Tasik Chini, naga laut serta artifak yang dikatakan mempunyai energi naga. Turut dibincangkan adalah perbezaan antara naga Timur dan Barat, konsep Dragon Realm serta peranan naga dalam pelbagai tradisi kerohanian.
Antara topik yang dibincangkan:
🐉 Kewujudan naga dalam tamadun dunia
🐉 Naga Timur vs Naga Barat
🐉 Naga Tasik Chini dan legenda Nusantara
🐉 Pendamping naga dalam dunia spiritual
🐉 Pengalaman melihat naga laut
🐉 Artifak dan geliga naga
🐉 Dragon Realm dan alam-alam lain
Sama ada anda percaya atau tidak, episod ini membuka ruang untuk melihat bagaimana kisah naga terus hidup dalam budaya, sejarah dan kepercayaan masyarakat hingga ke hari ini.
🏠 Episod ini dibawakan khas oleh MD Interior.
Ingin mengubah kediaman anda dengan sentuhan moden dan premium tanpa perlu berbelanja besar?
MD Interior menawarkan solusi reka bentuk dalaman yang praktikal, elegan dan mengikut bajet anda.
📲 WhatsApp: 9800 2771
📸 IG/TikTok: @mdinterior.space
Luxury Vibes. Down-To-Earth Pricing.
🎧 Ikuti Creep It Real SG untuk lebih banyak perbincangan mengenai misteri, paranormal, cerita rakyat dan fenomena yang sukar dijelaskan.
#CreepItRealSG #Naga #Dragon #Paranormal #MisteriNusantara #AmyFox #PodcastMelayu #SingaporePodcast #MalaysiaPodcast #CeritaMistik