Podlipemain podcast Webplayer

Creep It Real SG

Creep It Real SG

ILMU PEMAKAI: Cantik Kerana Seri Pocong?

Creep It Real SG · 24 Apr 2026 · 47:01

0:0047:01

Dengar dalam aplikasi Podli 🎧

Ikuti podcast kegemaran anda, dengar di luar talian dan di dalam kereta dengan CarPlay dan Android Auto, dan sentiasa sambung di tempat anda berhenti. Cuba secara percuma.

Kecantikan yang memukau atau jerat yang memakan diri? Dalam episod Creep It Real SG kali ini, kita membongkar sisi gelap "Ilmu Pemakai" yang jarang dibincangkan secara terbuka.


Pernahkah anda mendengar tentang penggunaan "Seri Pocong" atau "Seri Pontianak" untuk tujuan karisma? Ami Fox mendedahkan bagaimana amalan mistik ini digunakan bukan sahaja untuk menarik perhatian, malah untuk meningkatkan sex appeal secara luar biasa menerusi bantuan entiti.


Kami membongkar rahsia ekstrem di sebalik bedak kompak yang dicampur serbuk tulang orang mati dan bagaimana mak andam tradisional menggunakan "asap" serta "kipas" untuk mengunci pandangan orang ramai. Namun, apa yang berlaku apabila "perjanjian" ini terbatal? Dari wajah yang berubah hitam hingga kesan penuaan drastik, ketahui harga sebenar yang perlu dibayar untuk kecantikan segera.


Dengar perbincangan mendalam kami tentang perbezaan antara aura semula jadi melalui mandian bunga dan kecantikan "pinjaman" yang membawa padah.


Dengar episod baru kami setiap Jumaat, jam 6 petang. Jangan lupa untuk Follow dan aktifkan loceng notifikasi agar anda sentiasa 'update' dengan pembongkaran mistik terbaru dari kami!


tags:

Creep It Real SG, Paranormal Singapore, Kisah Seram Malaysia, Ilmu Pemakai, Seri Pocong, Pontianak, Misteri Nusantara, Podcast Seram Melayu, MJ12, Ami Fox, Acik, Koleksi Cerita Hantu, Susuk, Minyak Pengasih.

Episod: Creep It Real SG

PodliDapatkan aplikasi Podli percuma
↓ App